" Sekadar renungan buat insan yang bergelar
wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.
Betapa
bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana
menjadi
wanita. Bacalah risalah ini dengan niat
untuk
diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain.
Insya
Allah."
1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki
kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan
hal
tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang
daripada
bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada
1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada
70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada
70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya,
darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan
Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t.
akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang
makanan
dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedakah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan
anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi
Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu,
kecuali
haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk
dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada
hari
pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa
Kulli
Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah
dalam
segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah
dari
segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas
dari
neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim
yang
aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya
ke
atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati
syahid,
apabila dia
selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan
tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di
dalam
syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan
atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan
atau
dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan
dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan
penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka
baginya
adala syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang
diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,
lalu
dia berbuat baik kepada mereka, maka
merekaakan
menjadi penghalang baginya daripada api
neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan
di
laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari
dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama
mana
dia taat kepada suaminya dan meredhainya
(serta
menjaga sembahyang dan puasanya).
15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya
kepada
Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar
haknya
terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya"
"Siapa
pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah
s.a.w.
"Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat
lima
waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan),
memelihara
kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka
pasti
akan masuk syurga dari pintu mana saja yang
dia
kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan
agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke
dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000
tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya.
Allah s.w.t.
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebaikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah
lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak
hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa
pada
siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat
pada
malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak
bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya
pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu
uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti
keadaan
ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita
yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada
badannya (susu badan) akan dapat satu pahala
daripada
tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh
(2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit
akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu
tahun
solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur
yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit
akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam
hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan
pakaian
suaminya, maka Allah mencatatkan baginya
seribu
kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya,bahkan
segala sesuatu yang disinari sang
suria akan meminta keampunan baginya, dan
Allah
mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik
daripada
seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan
seorang
wanita yang melayani suaminya selama seminggu,
maka
ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan
dibukakan
baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk
dari
pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya
hingga
pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan
duduknya
atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia
pada
suaminya atau memegang tangannya,
memperelokkan
hidangan padanya,memelihara anaknya atau
memanfaatkan
hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan
Allah,
maka disunatkan baginya akan tiap-tiap
kalimah
ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap
renungannya
pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang
hamba.
Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur
hingga
tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan
rahmat
itu. Tiada seorang pun
yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada
seorang
isteri yang siang dan malamnya
menggembirakan
suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang
dan suaminya melihat isterinya dengan kasih
sayang
akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat
akan
mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang
pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat
pahala
jihad.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh
akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang
berdiri
atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya
hingga
muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka
diharamkan
muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari
Bani
Israel yang buta sebelah matanya
sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila
ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya,
dipegangnya
pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada
suatu
malam pelitanya kehabisan sumbu, maka
diambilnya
rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada
keesokkannya
matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan
keramat
(kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan
dan
menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah
s.a.w.
keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati
beberapa
orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu
bertanya,
"Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab
mereka,"Tidak" Sabda Baginda, "Seeloknya kamu
sekelian
tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi
kamu.
Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah
kepada
suami nescaya pahalanya sama dengan
ibadat-ibadat
orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan
'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan
doa
keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir
akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di
Baitullah.
45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah
akan
mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api
neraka,
jarak diantara parit itu ialah sejauh langit
dan
bumi."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
memintal
benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan
baik
sebanyak utus benang yang dibuat dan
memadamkan
seratus perbuatan jahat."
47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
menganyam
akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan
satu
tempat khas untuknya di atas takhta di hari
akhirat."
48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya,
mencuci
pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya
itu,
Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan
baik
sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan
sebanyak
itu pula pekerjaan
jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di
mata
orang-orang yang memerhatikannya."
50. Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah barang mana
wanita
meminyakkan rambut dan janggut suaminya,
memotong
misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi
minum
akan dia dari sungai sungai serta diringankan
Allah
baginya sakaratul maut dan akan didapatinya
kuburnya
menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga
dan
dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka
dan
selamatlah ia melintas Titian Shirat."
Begitu istimewanya seorang yang bernama
wanita